Tanda-tanda dan gejala awal ialah :
- Tidak datang bulan (haid)
- Breast anda berasa berisi dan puting menjadi sensitif
- Anda mungkin berasa loya dan muntah2
- Anda mula berasa letih dan lesu
- Anda mungkin akan lebih kerap membuang air kencing kerana apabila anda hamil, rahim akan mula mengembang dan menekan pundi-pundi kencing anda.
Pemeriksaan doktor
Jika anda mengalami gejala2 seperti di atas, ape yang mummy syorkan adalah terus berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Biasanya 1 prosedur ujian air kencing (Urine Pregnancy Test/UPT) akan dijalankan untuk mengesahkan sama ada anda hamil atau tak. Bagaimanapun doktor akan mengesyorkan ujian ini diambil hanya selepas 2 minggu anda tidak datang haid. Doctor juga akan membuat imbasan pada perut anda untuk melihat kedudukan janin selepas mendapati ujian UPT anda positif.
Sikap Si ibu
Sebaik sahaja doktor mengesahkan kehamilan, anda pasti berasa sangat teruja kerana dalam masa 9 bulan 10 hari lagi anda akan dapat melihat raut wajah anak anda. Anda juga tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung dan mula berangan-angan untuk membuat persiapan yang terbaik bagi menyambut kelahiran bayi anda kelak. Malah anda juga akn mula mencari2 nama-nama yang sesuai dan mula membuat pengiraan budget sama ada ingin melahirkan bayi di hospital awam atau pun private.
Tarikh bersalin yang dijangkakan
Satu cara yang mudah adalah dengan merujuk kepada jadual Obstetrik.
Kita akan lihat doktor mengeluarkan kad ini di atas meja dan menunjukkan kepada anda. Di sini tarikh bersalin akan ditentukan dengan pengiraan ringkas iaitu 280 hari daripada hari pertama haid anda yang terakhir.
Tambahan berat badan semasa hamil
Tambahan berat badan bagi setiap ibu hamil adalah berbeza-beza. Jumlah tambahan berat badan yang ideal adalah antara 10kg-12.5kg.. Berat badan anda mungkin bertambah banyak atau sedikit. Pembahagian berat badan adalah seperti jadual di bawah:
Ada sesetengah kes, berat badan si ibu tidak banyak bertambah dalam tempoh tiga bulan pertama (trimester pertama). Bagaimanapun berat badan akan bertambah dengan drastiknya dalam masa tiga bulan yg kedua (trimester kedua). Kenaikan berat badan antara 7 hingga 9kg tidaklah memeranjatkan pada masa ini. Biasanya pertambahan berat badan akan mulai berkurangan kepada 1kg sebulan dalam masa tiga bulan terakhir kehamilan (trimester ketiga). Namun ade juga si ibu yang tidak mengalami masalah pemakanan. Nafsu makan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan peningkatan berat badan terus berlaku dan keadaan ini adalah tidak baik buat anda dan bayi.
Mengatur berat badan anda semasa hamil
Sekiranya berat badan anda terlalu kurus semasa kehamilan, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu pertumbuhan badan yang semulajadi kurus @ berpenyakit @ kebiasaan atau tabiat tidak suka makan..Jika penyebab anda kurus adalah berpenyakit atau tabiat yang tidak suka makan, kini tiba lah masanya untuk anda melakukan perubahan yang lebih baik demi kesihatan anda dan bayi yg dikandung. Anda perlu menetapkan diet yang seimbang dan memastikan zat bukan sahaja cukup untuk anda bahkan sampai ke permata hati anda. Tambahan berat badan yang sesuai untuk anda ketika hamil adalah antara 10kg hingga 12.5kg.
Bagi si ibu yang sememangnya gemuk di awal kehamilan, anda pula mungkin berisiko untuk menghidapi darah tinggi dan kencing manis. Namun janganla terlalu stress dan mengambil jalan mudah dengan berdiet hanya semata-mata untuk mengelakkan risiko penyakit semasa hamil. Hakikatnya jalan yang terbaik bagi si ibu adalah berpegang teguh kepada rancangan makanan yang seimbang dan sihat, Jangan sesekali mengikut nafsu dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kadar lemak dan gulanya.Walaupun anda makan untuk dua orang, tetapi ingatlah demi mendapatkan 'dua' faedah (zat nutrisi untuk anda dan bayi), anda tidak perlu makan dua kali ganda bagi setiap hidangan. Perlu ditanamkan pd mindset masing2 bahawa jumlah tambahan berat badan anda seharusnya kira-kira 9kg kerana itulah penambahan berat yang paling-paling ideal.
Oleh kerana makanan berkhasiat juga membekalkan kalori, maka makanlah dalam jumlah yang sepatutnya. Ini kerana pengambilan makanan dalam jumlah yang betul akan menolong para ibu mengawal berat badan dengan berkesan.