Monday, 10 June 2013

Produk Shaklee yang boleh diamalkan oleh Ibu Mengandung




Sejujurnya saya sangat2 mengesyorkan ibu2 yang mengandung di luar sana menjadikan vitamin shaklee sebagai pilihan utama untuk diamalkan sepanjang kehamilan. Ini kerana kesemua vitamin shaklee adalah semulajadi/organik (bukan sintetik), dan terbukti lebih selamat & mudah diserap oleh badan berbanding ubat-ubatan lain. Kajian juga menunjukkan bahawa pada masa kini rata-rata ibu hamil telah mula menyedari kepentingan vitamin semuladi dan didapati permintaan set ibu mengandung shaklee adalah sangat2 luar biasa. Ini kerana ramai ibu di luar sana yang sudi berkongsi pengalaman tentang keberkesanan vitamin shaklee sepanjang kehamilan mereka dan keberkesan itu bukan saje dilihat pada tubuh si ibu malah  bayi yang dilahirkan juga menikmati khasiat vitamin shaklee tersebut. Rata-rata ibu mengatakan bayi mereka sangat aktif, sihat, memiliki kulit yang putih serta halus dan rambut yang lebat.
cute bb nih! sekadar hiasan..

Vitamin Asas: Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Vitamin-C & OsteMatrix.
SET J-1 (TRIMESTER 1)

Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin)
  • Hanya 1 biji sehari
  • Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil asid folic lagi.
  • Vita-Lea kaya dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat bagus jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
  • Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.



B-Complex 
  • Hanya 1 biji sehari
  • B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
  • Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C

  • Hanya 1 biji sehari
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  •  Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: selsema).
  • 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
  • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D)

  • 2 ke 4 biji sehari
  • Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
  • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
  • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
  • Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.

Optional: ESP, Meal Shake, OmegaGuard & Performance Drink.
SET J-2 (TRIMESTER 1I & III)






ESP (1 sudu besar sehari):
Sumber protein, non-GMO soy.

Meal Shake (1 sudu besar sehari):

Multivitamin lengkap di dalam bentuk serbuk, yang mengandungi protein dan fiber. Sesuai di amalakan terutama peringkat awal kehamilan di mana ibu morning sickness, tak lalu makan, kerap muntah dll.


OmegaGuard (1 biji sehari):
Shaklee fish oil, sumber DHA & EPA untuk brain development baby & bantu kurangkan kolesterol buat si ibu. Sebaiknya di amalkan waktu trimester 2 & 3. Better consult dengan gynae bilakah waktu yang sesuai untuk mula makan fish oil. Saya mula makan pada usia kandungan 24 minggu.

Tanda-tanda awal kehamilan



Tanda-tanda dan gejala awal ialah :
- Tidak datang bulan (haid)
- Breast anda berasa berisi dan puting menjadi sensitif
- Anda mungkin berasa loya dan muntah2
- Anda mula berasa letih dan lesu
- Anda mungkin akan lebih kerap membuang air kencing kerana apabila anda hamil, rahim akan mula mengembang dan menekan pundi-pundi kencing anda.


Pemeriksaan doktor
Jika anda mengalami gejala2 seperti di atas, ape yang mummy syorkan adalah terus berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Biasanya 1 prosedur ujian air kencing (Urine Pregnancy Test/UPT) akan dijalankan untuk mengesahkan sama ada anda hamil atau tak. Bagaimanapun doktor akan mengesyorkan ujian ini diambil hanya selepas 2 minggu anda tidak datang haid. Doctor juga akan membuat imbasan pada perut anda untuk melihat kedudukan janin selepas mendapati ujian UPT anda positif.

Sikap Si ibu
Sebaik sahaja doktor mengesahkan kehamilan, anda pasti berasa sangat teruja kerana dalam masa 9 bulan 10 hari lagi anda akan dapat melihat raut wajah anak anda. Anda juga tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung dan mula berangan-angan untuk membuat persiapan yang terbaik bagi menyambut kelahiran bayi anda kelak. Malah anda juga akn mula mencari2 nama-nama yang sesuai dan mula membuat pengiraan budget sama ada ingin melahirkan bayi di hospital awam atau pun private.


Tarikh bersalin yang dijangkakan 
Satu cara yang mudah adalah dengan merujuk kepada jadual Obstetrik.
Kita akan lihat doktor mengeluarkan kad ini di atas meja dan menunjukkan kepada anda. Di sini tarikh bersalin akan ditentukan dengan pengiraan ringkas iaitu 280 hari daripada hari pertama haid anda yang terakhir. 

Tambahan berat badan semasa hamil
Tambahan berat badan bagi setiap ibu hamil adalah berbeza-beza. Jumlah tambahan berat badan yang ideal adalah antara 10kg-12.5kg.. Berat badan anda mungkin bertambah banyak atau sedikit. Pembahagian berat badan adalah seperti jadual di bawah:
Ada sesetengah kes, berat badan si ibu tidak banyak bertambah dalam tempoh tiga bulan pertama (trimester pertama).  Bagaimanapun berat badan akan bertambah dengan drastiknya dalam masa tiga bulan yg kedua (trimester kedua). Kenaikan berat badan antara 7 hingga 9kg tidaklah memeranjatkan pada masa ini. Biasanya pertambahan berat badan akan mulai berkurangan kepada 1kg sebulan dalam masa tiga bulan terakhir kehamilan (trimester ketiga). Namun ade juga si ibu yang tidak mengalami masalah pemakanan. Nafsu makan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan peningkatan berat badan terus berlaku dan keadaan ini adalah tidak baik buat anda dan bayi.

Mengatur berat badan anda semasa hamil
Sekiranya berat badan anda terlalu kurus semasa kehamilan, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu pertumbuhan badan yang semulajadi kurus @ berpenyakit @ kebiasaan atau tabiat tidak suka makan..Jika penyebab anda kurus adalah berpenyakit atau tabiat yang tidak suka makan, kini tiba lah masanya untuk anda melakukan perubahan yang lebih baik demi kesihatan anda dan bayi yg dikandung. Anda perlu menetapkan diet yang seimbang dan memastikan zat bukan sahaja cukup untuk anda bahkan sampai ke permata hati anda. Tambahan berat badan yang sesuai untuk anda ketika hamil adalah antara 10kg hingga 12.5kg. 
        Bagi si ibu yang sememangnya gemuk di awal kehamilan, anda pula mungkin berisiko untuk menghidapi darah tinggi dan kencing manis. Namun janganla terlalu stress dan mengambil jalan mudah dengan berdiet hanya semata-mata untuk mengelakkan risiko penyakit semasa hamil. Hakikatnya jalan yang terbaik bagi si ibu adalah berpegang teguh kepada rancangan makanan yang seimbang dan sihat, Jangan sesekali mengikut nafsu dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kadar lemak dan gulanya.Walaupun anda makan untuk dua orang, tetapi ingatlah demi mendapatkan 'dua' faedah (zat nutrisi untuk anda dan bayi), anda tidak perlu makan dua kali ganda bagi setiap hidangan. Perlu ditanamkan pd mindset masing2 bahawa jumlah tambahan berat badan anda seharusnya kira-kira 9kg kerana itulah  penambahan berat yang paling-paling ideal.
Oleh kerana makanan berkhasiat juga membekalkan kalori, maka makanlah dalam jumlah yang sepatutnya. Ini kerana pengambilan makanan dalam jumlah yang betul akan menolong para ibu mengawal berat badan dengan berkesan. 

Kehamilan - Permulaan yang menakjubkan ( A wondrous beginning)



Kehamilan adalah suatu pengalaman yang sangat istimewa yg xdapat digambarkan.Perasaan anda mungkin bercampur aduk antara happy, excited tapi dalam masa yg sama terdetik juga perasaan cemas dan bimbang. Terutama jika ini merupakan kehamilan sulung anda. Sementara menantikan kelahiran bayi, anda lazimnya akan mula prihatin menjaga kesihatan dan pemakanan harian yang diambil. Anda juga lebih suka melakukan perkara2 yang lebih baik yg mendatangkan kesan yang positif kepada bakal si comel anda. Sebenarnya ape yang anda lakukan itu adalah fitrah seorang ibu yang sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak anda.

Bagi  mummy, kehamilan adalah masa untuk para ibu memanjakan diri..Anda tidak perlu merasa stress dan perlu mgelakkan diri dari merasa stress kerana tekanan akan memberikan kesan yang tidak baik pada bayi yg dikandung. Makan biarla cukup agar anda sentiasa sihat dan bertenaga. Anda juga memerlukan rehat yang banyak. Biasanye kehamilan yang sihat adalah hasil dari penjagaan dan rawatan si ibu yang sempurna. Anggapla ape sahaja yang anda usahakn sepanjang kehamilan sebagai hadiah yang tak ternilai buat bakal permata hati anda dan semestinya ia adalah satu permulaan hidup yang sungguh menakjubkan buat bayi anda. Jangan sesekali kita menganggap anak yg dikandung sebagai bebanan kerana anak itu adalah anugerah tak ternilai dr Allah swt. Yakinla setiap anak itu akan membawa rezki dan tangungjawab kita adalah mencorakkan mereka menjadi insan yang soleh dan solehah..Insya Allah..Ingin hamil secara sihat dan lahirkan bayi yg comel lagi pintar? Jom hamil bersama SHAKLEE dan ikuti lebih lanjut pada LINK ini. Selamat mencuba ;-D